
ayam sambal cili padi...selalu orang masak ayam tu kiter buat ayam masak lemak cili padi..tapi aku adjust skit resepi ni..nak buat kelainan..tak tau la korang pernah buat ke tak,,,yang pasti suami aku paling suka menu ni...dia tu hantu cili...saper2 yang nak try,,,tgk ler bahan2 nyer yer...
bahan2:
1/2 ekor ayam
cili padi 30 biji(kalau tak suka pedas kurangkan jumlah cili)
bawang merah kecil 5 biji
bawang putih 6 biji
serai 2 btg
daun kunyit 2 helai
serbuk kunyit
garam
gula 1/2 sudu
air asam jawa 2 sudu
bawang besar dipotong bulat
cili merah besar
cili hijau besar
air
minyak
cara-cara masak:
gaul ayam dengan kunyit, kemudian gorengkan ayam hingga separuh garing...
bila dah kekuningan,angkat dan toskan minyak
tumbuk atau blend kan cili padi,bwg merah kecil dan bwg putih,kemudian titikkan serai..
tumis bahan2 tadi sehingga naik bau..masukkan gula 1/2 sudu,air asam jawa,dan air..
masak hingga 4 minit...
kemudian masukkan garam dan daun kunyit...
last sekali masukkan ayam,cili yang di potong panjang serta bawnag besar
biarkan mendidih,dan kering sedikit,,,
pastu hidang,,,
Jumaat, 28 November 2008
@ ayam sambal cili padi @
~ kene minum air banyak ~

dalam 2-3 bulan kebelakangan ni,pinggang aku sakit manjang...kenapa aku tak tahu la pulak...minggu lepas oleh kerana takut ader penyakit serius,,aku pun pegi la ke pusat kesihatan uitm yang tak jauh sgt dari office aku..(sebenarnyer aku tak pernah g pun)bos aku cakap ubat2 kay situ bagus,,aku pun try la...check punyer check..doktor kater urine aku kotor...so dia bagi ubat and sutuh aku minum byk air..so..dengan semangatnyer aku beli bekas air avon untuk merajinkan aku minum di meja..hahhaha...murah jer 2 bekas air tu cume RM 9.90...siap promote lagi...saper nak beli sila ke wakil avon anda di sume cawangan..yer...hehehe
~ dompet ku yang berusia ~

hmm..agak2 birthday aku tahun depan aper ek...tahun depan bukan lme g..birthday aku
bulan januari.tapi kan..kalau nak tahu,,dompet duit aku ni dah berkurun..aku beli selepas aku bertunang dulu..lamekan..tapi tak koyak2 pun..sampai boring aku nak pakai..kot2 ader ler yang nak hadiahkan aku dompet birthday aku tahun depan ni...heeee..hehhh..
~ mengekalkan kecantikan ~
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
*** bubur lambuk ***

hmmm..boringnyer harini...mengantuk pulak tu...aper kate kiter kongsi resepi.he3ni la kje aku biler penat buat kje...mase bulan puasa haritu, aku n member2 pompuan office aku buat bubur lambuk untuk juadah berbuka..kitorang buat hari jumaat..so tak ganggu time kje...saper2 yang nak try cube ler resepi yang aku tulis ni yer...chaw....
BUBUR LAMBUK ALA – ALA PENGURUSAN
Beras
Ayam - ikut suke nak berape byk
Daging
Bawang merah kecil ( dikisar )
Bawang putih (dikisar)
Halia (dimayang halus )
Lobak merah
Kentang
Kulit Kayu manis ( 2 batang kecil )
Bunga Lawang ( 2 kuntum )
Santan ( 1 @ 1/2 biji )
Serai ( 2 batang )
Sehelai daun pandan
Minyak
Air
Garam
Daun sup
Daun bawang
lada hitam
Cara – cara :
Tumis bawang merah,bawang putih, halia, serai,kulit kayu manis dan bunga lawang.
Agak dh naik bau, masuk kan daging,lada hitam,
Selepas 10 minit masukkan ayam
Masukkan 2 cawan air, tutup dalam 10 minit
Kemudian masukkan beras yang telah dicuci…tumis dalam 3 minit...
Masukkan santan dan air secukupnya serta daun pandan...
Kacau selalu bila nasi dah jadi bubur supaya tak berkerak..
Masuk kan garam secukup rasa...
Masukkan daun sup dan daun bawang serta kacau hingga masak....
Tambah air sekali sekala supaya bubur tak terlalu pekat...
Hiaskan dengan daun sup,daun bawang dan bawang goreng...
Apa lagi dah siap makan lerrrr..heehehhe
Khamis, 27 November 2008
khamis....
harini hari khamis...esok dah jumaat..cepat betul masa berlalu.saki baki kepenatan konvo adik aku masih terasa lagi..pagi2 amik mood dengan makan kerepek n air kosong...huhuhu..
Isnin, 24 November 2008
kenduri kahwin..kenduri kahwin...


Jumaat, 21 November 2008
*satu hari di hari raya*...putrajaya...
::hari raya 2008::
::hari bahagia::
hooray.......
seronoknyer....dh ader blog sendiri...ni kawan aku la yang ajar ni...tgk org ader blog sendiri...seronok gak aku tgk....aper2 pun aku ni tak la terror sangat buat bende2 ni...
