BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 28 November 2008

@ ayam sambal cili padi @


ayam sambal cili padi...selalu orang masak ayam tu kiter buat ayam masak lemak cili padi..tapi aku adjust skit resepi ni..nak buat kelainan..tak tau la korang pernah buat ke tak,,,yang pasti suami aku paling suka menu ni...dia tu hantu cili...saper2 yang nak try,,,tgk ler bahan2 nyer yer...


bahan2:

1/2 ekor ayam
cili padi 30 biji(kalau tak suka pedas kurangkan jumlah cili)
bawang merah kecil 5 biji
bawang putih 6 biji
serai 2 btg
daun kunyit 2 helai
serbuk kunyit
garam
gula 1/2 sudu
air asam jawa 2 sudu
bawang besar dipotong bulat
cili merah besar
cili hijau besar
air
minyak

cara-cara masak:

gaul ayam dengan kunyit, kemudian gorengkan ayam hingga separuh garing...
bila dah kekuningan,angkat dan toskan minyak
tumbuk atau blend kan cili padi,bwg merah kecil dan bwg putih,kemudian titikkan serai..
tumis bahan2 tadi sehingga naik bau..masukkan gula 1/2 sudu,air asam jawa,dan air..
masak hingga 4 minit...
kemudian masukkan garam dan daun kunyit...
last sekali masukkan ayam,cili yang di potong panjang serta bawnag besar
biarkan mendidih,dan kering sedikit,,,
pastu hidang,,,

0 ulasan: